Kehadapan awak.. dah 7 bulan kita tak bertanya khabar..biasanya awak ingat hari jadi saya,tapi sejak awak tinggalkan saya,awak hilang terus..hilang macam tu je..puas dah saya yakinkan diri saya,yang saya tak sayangkan awak lagi..yang awak takkan balik lagi pada saya..tak macam hari tu..masa birthday saya awak cari saya semula..kali ni saya dah betul-betul kehilangan awak..saya dah betul-betul takkan jumap dengan awak lagi.. Mak ayah saya nak jodohkan saya dengan calon pilihan diorang..dia memang lengkap,cukup segalanya..tapi..saya tah happy dengan dia..tak happy sebab kenangan kita..kenangan antara saya dengan awak..saya takde reason nak tolak dia..saya cuma harap satu hari nanti awak datang untuk saya..walaupun perkara tu mustahil..saya harap untuk menjadi milik awak..hidup dengan awak..sebab saya tahu awak je yang mampu buat saya bahagia..apa pun terjadi,apa pun awak buat pada saya,sayang saya pada awak tak pernah pudar..awak kena tahu tu..mungkin zahirnya saya nampak bahagia..tapi hati saya ni masih tak terbukak untuk orang lain..saya tahu awak takkan baca apa yang saya tulis kat sini..sebab kita memang dah betul-betul lost contact..walaupun saya dah buang semua perkara tentang awak,satu je saya tak mampu buat,buang perasaan ni terhadap awak..saya mungkin boleh tipu diri saya,tapi tak mungkin selamanya..saya tak pernah berhenti sebut nama awak dalam setiap doa saya..andai kita tak dapat bersama lagi,sekurang-kurangnya saya harap hidup saya bahagia lepas ni walau tanpa awak..dan saya harap awak pun macam tu.. H.A.